[Keikhlasan]
Terasa cepat lapar dan dahaga apabila Ramadhan berlalu sedangkan ketika bulan Ramadhan mampu menahan lapar dan dahaga lebih dari 12jam sehari.
Begitu juga terasa berat untuk menunaikan solat 5kali sehari di awal kembalinya seseorang ke pangkuan Islam. Tidak lupa kekok dan panas apabila mula berhijab kerana perintah Allah tetapi kenapa segalanya sukar pada mula dan sekarang seolah-olah mudah?
Jawapannya adalah apabila kita ikhlas melakukan sesuatu demi Allah maka Allah akan menjadikannya mudah bagi kita dan akan menjadi sebati dengan diri kita. Ya, logiknya mana mungkin tak lapar, dahaga, panas berhijab dan sebagainya tetapi apabila Allah membantu kita segalanya mudah. Ingatkah bagaimana api menjadi sejuk tatkala Nabi Ibrahim a.s dibakar? Begitu juga kepanasan berhijab menjadi sejuk apabila ikhlas dan istiqamah.
Maka adalah kita perlu menunggu sehingga ikhlas baru nak berubah? Jawapannya tidak kerana keikhlasan itu perlu dipupuk secara konsisten dan lalu akan timbul kesedaran dan kecintaan kepada Pencipta kita maka saat itu keikhlasan mula berputik di dalam sanubari kita.
p/s setiap posting saya sila baca yang tersurat dan tersirat. Ada yang boleh difahami secara literal dan ada yang tidak. Read between the line. Wallahualam..
{[:-)=